Soalan Lazim

Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkenaan Sistem e-PLAN JPS

Memulakan Akses

Semua kakitangan JPS adalah pengguna sistem ini. Tetapi setiap warga JPS perlulah berdaftar dengan sistem SISWA untuk membolehkan mereka mengakses sistem ini.

Pengguna boleh menggunakan peranti seperti Komputer, Komputer Riba, Telefon Mudah Alih dan Peranti-Peranti lain yang mempunyai aplikasi pelayar internet seperti Microsoft Edge, Google Chrome, Safari dan Android Internet Browser. Pengguna perlu memastikan peranti anda mempunyai rangkaian Internet.

Ya, pengguna boleh mengakses Sistem e-PLAN dimana sahaja pengguna berada selagi pengguna mempunyai akses rangkaian Internet.

Tidak, pengguna tidak perlu membuat sebarang instalasi pada peranti pengguna.

Sistem e-PLAN ini terdiri dari 3 jenis pengguna iaitu:-

  • Pengguna Biasa (Normal User - Read Only User)
  • Pengemaskini Data (Data Editor)
  • Pengurus Data (Data Administrator)

Hak dan Kebenaran

Dokumen yang disimpan dalam sistem ini boleh diakses oleh semua pengguna TETAPI masih tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi Kerajaan Malaysia. Jesteru itu, setiap pengguna perlu menggunakan sistem dan dokumen yang terdapat dalam sistem ini untuk tujuan urusan rasmi sahaja.

Boleh.
Sebagai Pengguna Biasa (Viewer), anda adalah dibenarkan muat turun semua dokumen kecuali dokumen dalam format Autocad (DWG). Dokumen dalam format Autocad (DWG) hanya boleh dimuat turun oleh pemilik dokumen asal sahaja. Sila berhubung pemilik dokumen asal samada di Bahagian/Negeri/Projek sekiranya anda memerlukan dokumen dalam format Autocad.

Setiap Bahagian/Negeri/Projek mempunyai Penyelaras e-PLAN yang dilantik sebagai pegawai Pengemaskini Data ( Data Editor) yang bertanggungjawab muat naik serta kemaskini dokumen bagi pejabat masing-masing.

Setiap Bahagian/Negeri/Projek mempunyai Penyelaras e-PLAN yang dilantik sebagai pegawai Pengurus Data ( Data Administrator) yang bertanggungjawab menyemak maklumat serta meluluskan dokumen yang telah dimuat naik bagi pejabat masing-masing. Dokumen tidak akan terpapar dalam sistem sekiranya tiada kelulusan dari Pengurus Data.

Jenis Rekod dan Maklumat Sistem e-PLAN

Sistem e-PLAN merupakan satu repositori yang dibangunkan sebagai pusat pengurusan serta pengumpulan setempat pelan-pelan yang terdapat di Bahagian/Negeri/Projek secara elektronik.

Sistem ini hanya membenarkan dokumen berbentuk pelan sahaja untuk di muat naik. Pelan-Pelan yang dimuat naik adalah pelan ukur, pelan tender, pelan pembinaan dan as-built. Format pelan adalah JPEG, PDF, TIF, DWG dan lain-lain.

Boleh. Sistem ini boleh menyimpan dokumen dalam format Autocad. Sistem ini akan menukarkan dokumen yang dimuat naik dalam format Autocad (DWG) kepada format PDF. Semua pengguna hanya dapat melihat paparan dokumen ini dalam format PDF dan pengguna tidak diberi kebenaran untuk muat turun dokumen ini. Sila berhubung pemilik dokumen asal samada di Bahagian/Negeri/Projek sekiranya anda memerlukan dokumen dalam format Autocad.

Bagi memastikan proses muat naik dokumen lancar dan tidak membebankan sistem, hanya 5 fail sahaja dibenarkan dimuat naik serentak dengan syarat jumlah saiz tidak melebihi 20MB. Fail-fail juga boleh digabungkan dalam satu PDF dengan syarat saiz tidak melebihi 20MB untuk dimuat naik ke dalam sistem.