Sistem Pengurusan Pelan Elektronik Secara Atas Talian atau lebih dikenali sebagai e-PLAN telah dibangunkan oleh Bahagian Rekabentuk dan Empangan disekitar tahun 1998. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk memelihara pelan-pelan berbentuk hardcopy supaya dapat disimpan dengan selamat secara digital. Sistem ini juga telah memudahkan rujukan pelan dibuat kerana pengguna dapat mengakses termasuk prapandang (preview), muat-turun (download) dan mencetak (printing) pelan (berformat TIF, JPG, PDF dan DWF) melalui internet (http://eplan.water.gov.my/) pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada. Ia juga boleh dilayari dengan menggunakan talian mudah alih.